Archive for September, 2007

Proses Kejadian Manusia

Thursday, September 27th, 2007

Firman Allah

“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat; akan menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat yang kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberikan bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.” Surah al-Hijr: 28-29

asal kejadian manusia (Adam) dicipta oleh Allah daripada tanah hitam. kemudian baru ditiupkan roh.

sementara kejadian manusia ke dua, iaitu Siti Hawa daripada tulang rusuk.

setelah itu barulah diciptakan anak kepada kedua-duanya (Adam dan Hawa) daripada setitis air mani dan telur ibu menjadi segumpal darah. dari segumpal darah menjadi seketul daging dan tulang. kemudian ditiupkan roh ke dalamnya.

itulah asal kejadian manusia yang seterusnya berkembang biak menjadi suku dan bangsa-bangsa sehingga pada hari ini. Subhanallah..

Rilek jap

Wednesday, September 26th, 2007

Surat mahasiswa kepada ayahnya.. klako giler

seorang mahasiswa menulis surat kepada ayahnya yang berbunyi begini:

ayah,

saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. saya merasa malu dan sedih. saya ingin meminta wang sebanyak rm1000 daripada ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam. ayah, maafkan saya.

salam dari anakanda sarip.

p/s: saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat

beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat ringkas:

kepada sarip,

“nak, doamu sudah dimakbulkan. suratmu tidak pernah ayah terima”

dari ayahmu.

Nurin Jazlin dalam kenangan..

Wednesday, September 26th, 2007

Rogol

Wednesday, September 26th, 2007

Dalam Islam, wanita disarankan menjaga kehormatan diri. mereka diwajibkan memakai pakaian yang sopan santun dan menutup aurat, tidak digalakkan berjalan tanpa muhrim, suara pula jangan sengaja dimanja-manjakan sehingga boleh menggoda lelaki, menjaga batas pergaulan dan sebagainya.

Tetapi alangkah sedihnya apabila membaca kisah yang membabitkan kanak-kanak malang yang belum baligh dan tidak terikat pula dengan hukum hakam agama dirogol atau seumpamanya tanpa rasa belas. rogol tetap berlaku walaupun ke atas mereka yang mengambil langkah berjaga-jaga itu. maka adalah wajar kita melihat suatu sudut lain dalam usaha pencegahan rogol, iaitu perlunya undang-undang yang menjuruskan untuk meletakkan tanggungjawab itu ke bahu pelaku jenayah rogol tersebut.

Tiba masanya kita memperkasa lelaki dengan nilai-nilai positif seperti menghormati dan melindungi kaum hawa, bukan mengambil kesempatan!

Salam takziah buat keluarga arwah Nurin Jazlin Jazimin yang diuji dugaan yang maha hebat di bulan puasa ini. semoga roh arwah adik Nurin dicucuri rahmatNya.

Salam Ramadhan..

Wednesday, September 26th, 2007

Ramadhan itu keinsafan & keikhlasan! diam tak diam, sudah setahun kita melalui hari-hari yang sarat dengan suka dan duka hinggalah diizinkan Allah untuk kita bertemu Ramadhan tahun ini. bukan sekadar kegembiraan menanti Lebaran tetapi bulan penuh keinsafan ini amatlah wajar kita sambut seikhlasnya.

Keikhlasan tidak mampu dilihat. ada ketikanya apabila melihat wajah seseorang kita tak mampu menggambarkan isi hatinya. wajah yang lembut tak mencerminkan mereka itu seorang yang bersih hati nuraninya dan raut wajah yang agak tegas dan serius tak semestinya seorang yang sombong dan berhati keras!

Apa rasanya ya, apabila mendapati dia yang kita rasakan sangat ikhlas pada kita sebenarnya sedang menikam dalam diam? dia itu mungkin sahabat karib sendiri, suami, isteri dan orang kesayangan. kita tak mampu sebenarnya nak menelah sikap seseorang. cuma perlu sentiasa beringat! keikhlasan itu terletak pada diri individu itu sendiri. jangan salahkan keadaan jika kita berubah menjadi tidak jujur. jangan juga kita salahkan orang lain apabila kita berubah menjadi manusia yang terlalu cepat melatah.

Jika tahun ini kita tersedar kita sudah menjadi insan yang semakin tidak ikhlas dalam segala tindakan, apa kata Ramadhan ini kita memperbaiki diri. walau tidak perlu menanti sehingga Ramadhan untuk berubah tetapi sekurang-kurangnya ambillah berkat bulan mulia ini.