Rogol

Dalam Islam, wanita disarankan menjaga kehormatan diri. mereka diwajibkan memakai pakaian yang sopan santun dan menutup aurat, tidak digalakkan berjalan tanpa muhrim, suara pula jangan sengaja dimanja-manjakan sehingga boleh menggoda lelaki, menjaga batas pergaulan dan sebagainya.

Tetapi alangkah sedihnya apabila membaca kisah yang membabitkan kanak-kanak malang yang belum baligh dan tidak terikat pula dengan hukum hakam agama dirogol atau seumpamanya tanpa rasa belas. rogol tetap berlaku walaupun ke atas mereka yang mengambil langkah berjaga-jaga itu. maka adalah wajar kita melihat suatu sudut lain dalam usaha pencegahan rogol, iaitu perlunya undang-undang yang menjuruskan untuk meletakkan tanggungjawab itu ke bahu pelaku jenayah rogol tersebut.

Tiba masanya kita memperkasa lelaki dengan nilai-nilai positif seperti menghormati dan melindungi kaum hawa, bukan mengambil kesempatan!

Salam takziah buat keluarga arwah Nurin Jazlin Jazimin yang diuji dugaan yang maha hebat di bulan puasa ini. semoga roh arwah adik Nurin dicucuri rahmatNya.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.