Archive for October, 2007

10 rahsia dalaman cantikkan wajah

Monday, October 8th, 2007

Cantik di dalam, cantik di luar..

1. ucapkan perasaan cinta kepada insan yang anda sayangi disusuli dengan tingkahlaku yang menunjukkan kasih sayang anda.

2. renung mata pasangan apabila berkomunikasi dan dengar dengan teliti butir percakapan pasangan anda.

3. jangan merungut setiapkali pasangan anda meminta pertolongan

4. beri ruang dan masa untuk pasangan anda bersendirian

5. jangan berhenti mengenali pasangan anda. cuba belajar perkara baru tentang pasangan anda dan sentiasa cari apakah minat dan kecenderungannya.

6. jika anda berjanji untuk melakukan sesuatu kepada pasangan anda, buktikannya.

7. jika pasangan anda tertekan, jangan terus menyalahkan dirinya atau melemahkan semangatnya.

8. jika anda bersalah, jangan malu untuk mengakuinya. lafazkan kata maaf dan pastikan anda benar2 bermaksud sedemikian.

9. sentiasa beritahu pasangan anda bahawa dia amat penting dalam hidup anda sambil usap belakang badannya dengan penuh kasih sayang.

10. luangkan masa bersama dan lakukan sesuatu yang menjadi kegemaran anda berdua

Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia?

Monday, October 8th, 2007

Mulakan dengan ungkapan sayang..

Bolehkah anda membuat kiraan, berapa kalikah anda mengucapkan perkataan ’sayang’ kepada pasangan anda sepanjang tempoh berumah tangga? Atau berapa kalikah anda mengejutkan pasangan dengan tiba2 pada suatu hari, ketika pulang daripada bekerja, anda mencium pasangan anda dan berkata ‘aku sayangkan mu’ sempena ulang tahun perkahwinan anda dengannya.

Atau pada hari ulang tahun kelahiran pasangan anda, anda secara senyap2 membuat kejutan dengan membawa pulang satu hadiah istimewa yang tertulis ‘I LOVE YOU’.

Lazimnya kita sering terlupa berbuat demikian. Kita dilupakan kerana sering menganggap kebiasaan hidup bersuami isteri memang rapat. Sehinggakan begitu rapat, kita kadang2 merasa tidak perlu lagi untuk mengucapkan kata2 keramat itu.

Alangkah baiknya kita mula menyedari dan kemudian membetulkan sikap kita. Rasanya anda belum terlambat untuk menyatakan kasih sayang anda kepadanya, ungkapkan dengan jujur dan ikhlas dari hati yang paling dalam, dengan ini pasangan anda akan rasa lebih dihargai dan dicintai. Ini akan mendalamkan lagi kasih sayangnya terhadap anda dan tentunya rumah tangga anda akan bertambah bahagia.

Suatu masa dulu..

Thursday, October 4th, 2007

Kepada sesiapa yang masih ada ibu.

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan
mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik .

Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya.

Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari.Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.

Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya … dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu…

With Love to All Mother

Note:
Berbahagialah yang masih memiliki Ibu. Dan lakukanlah yang terbaik untuknya………