Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia?

Mulakan dengan ungkapan sayang..

Bolehkah anda membuat kiraan, berapa kalikah anda mengucapkan perkataan ’sayang’ kepada pasangan anda sepanjang tempoh berumah tangga? Atau berapa kalikah anda mengejutkan pasangan dengan tiba2 pada suatu hari, ketika pulang daripada bekerja, anda mencium pasangan anda dan berkata ‘aku sayangkan mu’ sempena ulang tahun perkahwinan anda dengannya.

Atau pada hari ulang tahun kelahiran pasangan anda, anda secara senyap2 membuat kejutan dengan membawa pulang satu hadiah istimewa yang tertulis ‘I LOVE YOU’.

Lazimnya kita sering terlupa berbuat demikian. Kita dilupakan kerana sering menganggap kebiasaan hidup bersuami isteri memang rapat. Sehinggakan begitu rapat, kita kadang2 merasa tidak perlu lagi untuk mengucapkan kata2 keramat itu.

Alangkah baiknya kita mula menyedari dan kemudian membetulkan sikap kita. Rasanya anda belum terlambat untuk menyatakan kasih sayang anda kepadanya, ungkapkan dengan jujur dan ikhlas dari hati yang paling dalam, dengan ini pasangan anda akan rasa lebih dihargai dan dicintai. Ini akan mendalamkan lagi kasih sayangnya terhadap anda dan tentunya rumah tangga anda akan bertambah bahagia.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.