Cinta & Kawan
Sunday, November 4th, 2007Salam semua.. lama betul saya tak update blog nie. Bukan aper, kadang2 kesibukan itu mengatasi segalanya. Anyway saya ada satu cerita menarik untuk dikongsikan bersama.
Pada satu hari CINTA & KAWAN berjalan-jalan dalam kampung, tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga… kenapa?? kerana CINTA itu buta
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga… kenapa?? kerana KAWAN akan buat apa saja demi CINTA!!
Di dalam telaga CINTA hilang… kenapa?? kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap.
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari di mana CINTA dan terus menunggu… kenapa?? kerana KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia.
Jadi… hargailah KAWAN kita selagi kita berasa dia BERERTI… walau kita punye harta menimbun, KAWAN tetap yang paling berharga!